Ketua Jurulatih Beregu Lelaki, Tan Bin Shen Berpisah Dengan BAM
Hafiz Omar
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal kehilangan khidmat Tan Bin Shen selaku ketua jurulatih beregu lelaki bermula 13hb Januari hadapan – selepas selesai saingan Terbuka Malaysia 2025.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh badan induk badminton negara menerusi satu kenyataan media yang disiarkan menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Bin Shen yang bakal menjengah usia 41 tahun pada bulan hadapan merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih kejuaraan Kejohanan Dunia BWF dan pingat di temasya Sukan Olimpik.
Sebagai rekod, Bin Shen mula menyertai sektor beregu lelaki selaku jurulatih bermula 2020.
Dalam kenyataan yang sama, BAM memaklumkan akan mengumumkan Ketua Jurulatih Beregu Lelaki dalam masa terdekat.
Featured Image: BAM