Terbuka Malaysia: Beregu 57 Dunia Sekat Soon Huat-Shevon Ke Pentas Akhir

January 11, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang berada di kemuncak prestasi terpaksa akur terlepas peluang untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2025 – Jelajah Dunia BWF Super 1000.

Langkah Soon Huat-Shevon yang juga merupakan pasangan suami isteri disekat oleh gandingan Thailand yang menghuni ranking ke-57 dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran.

Pertembungan sengit yang berlangsung di peringkat separuh akhir itu berkesudahan dengan Dechapol-Supissara meraih kemenangan menerusi tiga set permainan berskor 17-21, 21-12 dan 21-16 dalam masa sekitar satu jam.

Keputusan tersebut menjadi Dechapol-Supissara kini mengalami dua kekalahan daripada tiga pertembungan dengan Dechapol-Supissara di kejohanan antarabangsa.

Berikutan mengakhiri kempen Terbuka Malaysia 2025 setakat peringkat separuh akhir, Soon Huat-Shevon akan membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak AS$20,300 bersamaan RM91,200 serta pungutan 8,400 mata untuk dimasukkan dalam pebagai pengiraan ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, Dechapol-Supissara yang mara ke perlawanan akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atau beregu No.1 dunia dari China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.  

Faetured Image: Facebook VICTOR

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd