Sertai Syazrizzler, Rippo & Khaleesi Dalam Sesi Strim Langsung Kejohanan Komuniti MLBB
Hafiz Omar

Bersempena dengan pelancaran kempen So Tinge, So Mantap! oleh Spritzer, tiga “streamer” popular iaitu Syarizzler, Rippo Kun dan Khaleesi akan tampil dalam sesi strim langsung kejohanan komuniti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Tiktok.
Sesi strim yang ditemani oleh Spritzer So Tinge itu juga membuka peluang buat penonton untuk bermain bersama atau menentang “streamer” kegemaran masing-masing sambil merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000.
Untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, anda perlu ikuti langkah-langkah di bawah:
- Beli minuman soda Spritzer So Tinge (sebarang perisa) dan simpan resit sebagai bukti pembelian.
- Sertai channel Discord “So Tinge, So Mantap Community” (LINK).
- Hantarkan resit pembelian minuman soda Spritzer So Tinge kepada admin.
- Mereka yang berjaya akan diletakkan di dalam ruang khas sebelum mula berentap dalam kejohanan ini.
Untuk makluman, kempen ini dilancarkan bagi memperkenalkan pek berlabel hitam dan botol baharu yang tampil lebih moden dan bergaya untuk minuman soda keluar Spritzer iaitu So Tinge.
Minuman soda ini diperbuat daripada air mineral semula jadi dan ditawarkan dalam lima perisa iaitu anggur, lemon sitrus, tembikai laici, pic dan epal. Ianya mengandungi kandungan gula lebih renda dan bahan-bahan berkualiti sekaligus menjadi minuman soda yang lebih sihat berbanding soda biasa.
Selain itu, Spritzer So Tinge tidak mengandungi pewarna tambahan dan rendah kalori serta mengandungi silika yang baik untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
Sebagai tambahan, air minuman soda Spritzer So Tinge ini dijual di Petronas, FamilyMart dan MyNEWS.