Aston Villa Sambar Khidmat Marco Asensio
Hafiz Omar

Pasukan yang menghuni tangga kelapan Liga Premier (PL) iaitu Aston Villa berhasil mengikat khidmat seorang lagi pemain baharu sebelum jendela perpindahan musim sejuk melabuhkan tirainya baru-baru ini.
Pemain tersebut ialah Marco Asensio, 29 tahun, yang merupakan pemain Paris Saint-Germain (PSG) juga merangkap bekas pemain kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Asensio didapatkan oleh Aston Villa bimbingan Unai Emery secara pinjaman dengan kontrak sehingga ke penghujung musim ini.
Sebelum ini, Asensio diikat oleh PSG pada tahun 2023 dengan kontrak sehingga Jun 2026.
Untuk makluman, Asensio menjadi pemain ketiga di bahagian serangan diikat oleh Aston Villa pada jendela perpindahan musim sejuk selepas menandatangani Donyell Malen dan Marcus Rashford.
Featured Image:Â Aston Villa