Bek Terengganu FC, Alif Zakaria Ditimpa Kecederaan ACL

February 4, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC kehilangan seorang lagi pemain ekoran kecederaan yang serius.

Terbaharu, skuad bimbingan Badrul Afzan itu terpaksa melupakan khidmat bek kirinya, Muhammad Alif Zakaria, 26 tahun, ekoran disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

“Alif mengalami kecederaan ini semasa perlawanan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia memenantang Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana beliau terpaksa dikeluarkan seawal separuh masa pertama perlawanan.” tulis kenyataan kelab.

Kecederaan ini bukan sahaja membuatkan Alif tidak lagi dapat beraksi bagi baki saingan musim ini bahkan mungkin terlepas separuh daripada saingan musim akan datang.

Umumnya, pemulihan bagi kecederaan acl akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan bergantung kepada individu.

Terdahulu, Terengganu FC sudah terpaksa melupakan khidmat penjaga golnya, Suhaimi Husin, 30 tahun, bagi tempoh jangka masa panjang ekoran ditimpa kecederaan medial collateral ligament (MCL) pada lutut kiri.

“Seluruh keluarga Terengganu FC mendoakan untuk Alif kembali sembuh untuk segera bersama pasukan.” tambah kenyataan kelab lagi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd