Bekas Penyerang Selangor FC Julang Trofi Di Jordan
Hafiz Omar

Penyerang muda kelahiran Jordan yang pernah menyarung jersi Gergasi Merah Kuning selama separuh musim, Reziq Banihani meraih trofi pertamanya bersama Al Hussein SC – kelab yang disertainya selepas meninggalkan Selangor FC.
Gelaran juara itu hadir selepas kelabnya muncul juara Jordan Super Cup – pertandingan yang menemukan juara Liga Pro Jordan dan juara Piala FA Jordan – selepas menumbangkan Al-Wehdat SC dengan keputusan 3-1 secara agregat.
Al Hussein meraih kemenangan susulan mencatatkan kemenangan 3-1 pada aksi pertama. Aksi itu turut dihiasi dengan jaringan oleh Reziq disamping gol oleh Adham Al-Qureishi dan Majdi Al-Attar.
Sementara itu, aksi timbal balik pula berakhir dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan sekaligus mengesahkan kejuaraan kedua Jordan Super Cup buat kelab berpangkalan di Irbid itu.
Terdahulu, bersama Selangor FC yang ketika itu dibimbing oleh Nidzam Jamil, Reziq sempat meraih gelaran naib juara Piala FA.
Turut sama meraikan kejuaraan terbabit adalah pemain sayap yang pernah mewarnai kancah Liga Malaysia pada musim 2022 bersama Kedah Darul Aman FC iaitu Mahmoud Al-Mardi.
Sebagai tambahan, Reziq dan Mahmoud Al-Mardi berpeluang untuk menambah koleksi trofi mereka pada musim ini bersama Al Hussein dengan kelab tersebut sedang mendahului Liga Pro Jordan serta mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Piala FA.
Featured Image: Al Hussein SC