Terbuka Jerman: Pei Kee-Mei Xing Kejutkan Pilihan Kelima Kejohanan Dari China
Hafiz Omar

Pemain beregu wanita China yang telah memenangi kesemua kejohanan utama dalam sukan badminton, Chen Qing Chen menyertai kejohanan individu sulunganya bagi musim 2025 dengan gandingan baharu iaitu Wang Ting Ge di Terbuka Jerman 2025.
Mereka diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan dan memulakan kempen di Jerman dengan langkah kanan selepas menumpaskan beregu Poland, Paulina Hankiewicz dan Kornelia Marczak dengan mudah menerusi skor 21-4 dan 21-9.
RESULTS: #YONEXGermanOpen2025
— BAM (@BA_Malaysia) February 27, 2025
WD | R16#MAS🇲🇾 Go Pei Kee-Teoh Mei Xing def. #CHN🇨🇳 Chen Qing Chen-Wang Ting Ge 5️⃣ 22-20 21-12
⏱️44m#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/RGABQ4oaej
Bagaimanapun, kempen mereka tersekat pada pusingan 16 gara-gara dikejutkan oleh beregu wanita Malaysia yang berada di ranking ke-47 dunia, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing.
Lebih mengagumkan, pertarungan itu dimenangi oleh Pei Kee-Mei Xing secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-12 dalam masa 44 minit sekaligus mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 300 ini.
Hasil daripada kemaraan ini, Pei Kee-Mei Xing akan bertemu beregu Jepun yang menduduki ranking ke-63 dunia, Mizuki Otake dan Miyu Takahashi untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia