Masters Orleans: Justin Kandas Peringkat Kelayakan, Tewas Kepada Pemain Perancis
Hafiz Omar

Perseorangan lelaki muda negara, Justin Hoh terpaksa akur beraksi satu perlawanan sahaja di kejohanan Masters Orleans 2025 selepas tewas di tangan pemain Arnaud Merkle pada peringkat kelayakan.
Dalam pertarungan tersebut, Justin, 20 tahun, tewas kepada pemain dari Perancis yang menduduki ranking lebih rendah daripadanya iaitu kedudukan ke-63 secara “straight set” menerusi skor 16-21 dan 17-21 dalam masa 49 minit.
Orleans Masters Badminton 2025 presented by VICTOR
— BWFScore (@BWFScore) March 4, 2025
MS – Qual. R16
21 21 🇫🇷Arnaud MERKLE🏅
16 17 🇲🇾HOH Justin
🕚 in 49 minutes
Kekalahan itu sekaligus membuatnya terkandas di pusingan 16 peringkat kelayakan bagi salah satu siri Jelajah Dunia BWF Super 300 ini.
Sebagai rekod, ini kekalahan pertama dialami oleh Justin apabila bertembung Merkle. Pada pertemuan lalu merangkap pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pemain, Justin berhasil mencetak kemenangan ke atas Merkle menerusi skor 10-21, 21-14 dan 21-13 di Terbuka Taipei 2024.
Sementara itu, Merkle yang berhasil melakar kemenangan akan akan bertemu samada pemain India di ranking ke-45 dunia, Srikanth Kidambi atau perseorangan Denmark ranking ke-52 dunia, Mads Christophersen pada pusingan suku akhir peringkat kelayakan.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia