Masters Orleans: June Wei Melangkah Ke Pusingan 32

March 5, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pemain badminton perseorangan lelaki yang bergerak secara bebas (independent), Cheam June Wei berhasil melepasi cabaran di peringkat kelayakan sekaligus mengesahkan tempat ke pusingan 32 di Masters Orleans 2025.

Pemain berusia 28 tahun yang menduduki ranking ke-53 dunia berkenaan mara selepas merekodkan kemenangan ke atas Riku Hatano (Jepun,ranking 46) dan Joakim Oldorff (Finland, ranking 56).

Kedua-dua pemain tersebut tewas di tangan June Wei secara “straight set” menerusi skor 16-21 dan 14-21 (35 minit) serta 15-21 dan 17-21 (41 minit) masing-masing.

June Wei akan memulakan kempen babak utama dengan pilihan kedua kejohanan dari Chinese Taipei yang menduduki ranking ke-14 dunia, Li Chun-Yi.   

Berdasarkan rekod, June Wei pernah bertembung Chun-Yi sebanyak satu kali sebelum ini di Terbuka Chinese Taipei 2019. Pertembungan pada peringkat kelayakan itu berhasil dimenangi oleh June Wei dengan keputusan 21-17, 13-21 dan 21-17.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd