Masters Orleans: Zii Jia Belum Pernah Tewas Di Tangan Nhat Nguyen
Hafiz Omar

Perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia menepati jangkaan untuk mengetepikan cabaran Srikanth Kidambi dari India sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Master Orleans 2025.
Kidambi, bekas pemain No.1 dunia, tewas di tangan Zii Jia secara “straight set” menerusi skor 11-21 dan 17-21 dalam masa setengah jam pada pusingan 16.
Peringkat suku akhir menyaksikan Zii Jia yang diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan bertemu dengan pemain Ireland berdarah Vietnam, Nhat Nguyen yang menduduki ranking ke-42 dunia.
Sebagai rekod, Zii Jia sudah pernah bertemu pemain berusia 24 tahun ini sebanyak tiga kali di kejohanan antarabangsa kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak 2021.
Ketiga-tiga pertembungan itu berlangsung di Terbuka HYLO 2021, Terbuka Malaysia 2022 dan Terbuka Swiss 2023 dimana kesemuanya berakhir dengan Zii Jia melakar keputusan cemerlang – menang secara “straight set”.
Untuk makluman, Nhat Nguyen mengesahkan tempatnya ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 300 ini selepas pemain Jepun yang menduduki ranking ke-22 dunia, Yushi Tanaka memberhentikan permainannya pada set kedua.
Sebagai tambahan, pertembungan Zii Jia dan Ngat Nguyen dijangka bermula pada jam 11.50 malam nanti (waktu Malaysia).
Featured Image: Badminton Association of Malaysia