Liga Super 2024-25 Melabuhkan Tirai Pada 20 April
Hafiz Omar

Saingan panjang Liga Super pada musim ini, musim 2024-25, akan melabuhkan tirainya pada 20hb April kelak – sekitar seminggu sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.
Pengesahan tersebut hadir sendiri daripada penganjur, Malaysian Football League (MFL), selepas berkongsikan mengenai kemaskini jadual perlawanan liga di laman sesawang serta pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Kemaskini itu menyaksikan tarikh perlawanan liga ke-26 ditetapkan kepada 19hb (Sabtu) dan 20hb (Ahad) berdasarkan kedudukan setiap kelab dalam penentuan tempat teratas serta terbawah Liga Super 2024-25.
Malaysian Football League telah mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2024-2025 melibatkan beberapa perlawanan LS24 dan LS25. Pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat.#LigaSuper2024-25 #DemiLigaKita #LigaMalaysia
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 27, 2025
Senarai perlawanan Liga Super Ke-26 adalah seperti berikut:
- 19hb April: Selangor FC vs PDRM FC (Stadium MBPJ)
- 19hb April: Sri Pahang FC vs Penang FC (Stadium MPT)
- 20hb April: Sabah FC vs Perak FC (Stadium Likas)
- 20hb April: Terengganu FC vs Kedah Darul Aman FC (Stadium SSMZA)
- 20hb April: Negeri Sembilan FC vs Kuching City FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman)
- 20hb April: Kuala Lumpur City FC vs Kelantan Darul Naim FC (Stadium Bola Sepak KL)
Selain itu, kemaskini itu turut memaparkan perubahan terhadap perlawanan ke-24 dan ke-25 melibatkan beberapa buah kelab.
Untuk makluman, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan kejuaraan bagi saingan Liga Super musim dan merupakan yang kesebelas berturut-turut sejak merangkulnya buat kali pertama pada musim 2014.
Manakala Selangor FC pula telah membolot gelaran naib juara selepas menumpaskan Kelantan Darul Naim FC di Stadium MBPJ pada 8hb Mac lalu.