Rexy Mainaky Dedah Pasangan Baharu Buat Tang Jie & Toh Ee Wei

March 28, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Teka-teki mengenai pasangan baharu yang akan bergandingan dengan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei setelah pasangan yang menghuni raking keempat dunia itu berpisah terjawab pada hari ini.

Terdahulu, BAM mengesahkan Tang Jie dan Ee Wei yang bergandingan bersama sejak Disember 2022 dipisahkan bagi penyertaan kejohanan-kejohanan yang mendatang. 

Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky sepertimana dikongsikan wartawan Fadhirul Shuhaimi mendedahkan kedua-duanya kekal dalam sektor beregu campuran dengan Tang Jie digandingkan bersama pemain berusia 19 tahun, Chan Wen Tse.

Sementara itu, Ee Wei pula digandingkan bersama pemain lelaki berusia 23 tahun, Loo Bing Kun yang pernah muncul juara Siri Antarabangsa Malaysia 2023 bersama Cheng Su Yin.

Sebagai tambahan, kedua-dua pemain tersebut menjadi gandingan buat Tang Jie dan Ee Wei masing-masing dalam lima kejohanan yang akan datang bermula Mei hadapan.

Kejohanan-kejohanan terbabit ialah Terbuka Taipei 2025, Terbuka Thailand 2025, Masters Malaysia 2025, Terbuka Singapura 2025 dan Terbuka Indonesia 2025.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd