BAC 2025: Wei Chong-Kai Wun, Kuang Heng-Po Han Berentap Di Pusingan 16

April 9, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki negara yang menduduki ranking ketujuh dunia, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dan membuat perhitungan dengan gandingan Liu Kuang Heng dan Yang Po Han pada pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025.

Kedua-dua pasangan itu bertembung selepas berhasil mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing pada pusingan 32.

Wei Chong-Kai Wun yang diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan mara selepas menjinakkan beregu Hong Kong yang menduduki ranking ke-120 dunia, Law Cheuk Him dan Yeung Shing Choi dengan kemenangan 21-14 dan 21-12.

Sementara itu, Kuang Heng-Po Han dari Chinese Taipei yang berada di tangga ke-22 dunia pula mencetak kemaraan selepas menyingkirkan beregu lelaki No.1 Hong Kong, Hung Kuei Chun dan Lui Chun Wai dengan keputusan 19-21, 21-16 dan 21-12.

Untuk makluman, ini merupakan pertembungan julung kalinya melibatkan Wei Chong-Kai Wun dan Kuang Heng-Po Hang di pentas antarabangsa.

Featured Image: BAC 2025

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd