BAC 2025: Langkah Roy King-Valeree Terhenti
Hafiz Omar

Perjalanan beregu campuran negara, Yap Roy King dan Valeree Siow di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 nampaknya terhenti setakat pusingan 16.
Perjalanan penghuni ranking ke-63 dunia itu menemui titik noktahnya apabila gagal mengatasi cabaran yang diberikan oleh beregu Jepun, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito.
Pertarungan yang berlangsung tidak sampai setengah jam itu berakhir dengan Roy King- Valeree tewas di tangan Hiroki-Natsu secara “straight set” menerusi skor 6-21 dan 16-21.
Hasil daripada kemenangan ini, Hiroki-Natsu yang turut diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan meraih tiket kemaraan ke peringkat suku akhir.
Pada peringkat berkenaan, Hiroki-Natsu akan bertemu dengan beregu China yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.
Sekiranya berhasil melakar kejutan ke atas gandingan negara tembok besar tersebut, Hiroki-Natsu berpeluang untuk bertemu dengan beregu No.1 Malaysia, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.
Featured Image: BAC 2025