Ganjaran Wang Masters Malaysia 2025 Meningkat – Juara Bawa Pulang Sekitar RM157,000

April 16, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Salah satu siri kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 iaitu Perodua Masters Malaysia 2025 bakal menemui peminatnya dari 20hb hingga 25hb Mei kelak.

Seperti edisi-edisi yang lalu, kejohanan ini akan berlangsung di Axiata Arena, KL Sports City.

Bagaimanapun, peminat sukan badminton tanah air boleh menjangkakan saingan yang lebih kompetitif daripada pemain dan beregu handalan dunia untuk merebut kejuaraan bagi edisi kali ini memandangkan penganjur meningkatkan ganjaran wang tunai.

Jumlah ganjaran wang tunai yang terkumpul bagi edisi kali ini adalah sebanyak AS$475,000 bersamaan sekitar RM2.10 juta – peningkatan sekitar 13% berbanding ganjaran yang ditawarkan pada edisi lalu.

Sehubungan itu, ganjaran wang tunai yang akan diperolehi oleh juara bagi setiap kategori iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran turut menyaksikan peratusan peningkatan yang sama.

Juara bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita akan meraih AS$35,625 atau bersamaan sekitar RM157,320 manakala juara bagi kategori beregu pula akan mengutip sebanyak AS$37,525 bersamaan RM165,710.

Senarai penuh ganjaran wang tunai yang akan diraih bagi setiap kategori perseorangan dan beregu di setiap peringkat adalah seperti berikut:

Perseorangan

  • Juara – AS$35,625 (RM157,320)
  • Naib Juara – AS$18,050 (RM79,708.80)
  • Separuh Akhir – AS$6,887.50 (RM30,415.50)
  • Suku Akhir – AS$2,850 (RM12,585.00)
  • Pusingan 16 – AS$1,662.50 (RM7,341.60)

Beregu

  • Juara – AS$37,525 (RM165,710.40)
  • Naib Juara – AS$18,050 (RM79,708.80)
  • Separuh Akhir – AS$6,650 (RM29,366.40)
  • Suku Akhir – AS$3,443.75 (RM15,207.60)
  • Pusingan 16 – AS$1,781.25 (RM7,866.00)

Berdasarkan senarai awal, pemain-pemain yang akan berentap di Masters Malaysia 2025 ialah Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Goh Jin Wei, Goh Sze Fei & Nur Izzuddin, Aaron Chia & Soh Wooi Yik, Man Wei Chong & Tee Kai Wun, Arif Junaidi & Yap Roy King, Ong Yew Sin & Teo Ee Yi, Choong Hon Jian & Muhammad Haikal, Pearly Tan & Thinaah Muralitharan, Go Pei Kee & Teoh Mei Xing, Ong Xin Yee & Carmen Ting, Goh Soon Huat & Shevon Jemie Lai, Hoo Pang Ron & Cheng Su Yin, Loo Bing Kun & Toh Ee Wei, Chen Tang Jie & Chan Wen Tse dan Wong Tien Ci & Lim Chiew Sien.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd