Piala Sudirman: Tang Jie-Ee Wei Lakar Kemenangan Sulung Selepas Berpisah

April 29, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang kembali bergandingan semula selepas perpisahan pendek berhasil melakar kemenangan sulungnya ke atas pasangan Australia, Ricky Tang dan Gronya Somerville.

Gandingan negara yang menghuni ranking keempat dunia itu melakar kemenangan dalam aksi pertama bagi perlawanan kedua peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Sudirman 2025, pada hari ini.

Pertembungan itu dimenangi oleh Tang Jie-Ee Wei ke atas gandingan ke-740 dunia itu secara “straight set” menerusi skor 21-8 dan 21-12 dalam masa tidak sampai setengah jam.

Hasil daripada kemenangan itu, Malaysia kini mendahului 1-0 ke atas Australia.

Untuk makluman, Tang Jie dan Ee Wei diumumkan oleh BAM kembali bersatu semula sekitar pertengahan April baru-baru ini. Penyatuan semula itu hadir selepas BAM memaklumkan Tang Jie dan Ee Wei dipisahkan untuk kejohanan-kejohanan seterusnya menghampiri penghujung Mei lalu.

Pertarungan seterusnya adalah melibatkan perseorangan lelaki dimana Malaysia menurunkan Justin Hoh, ranking ke-46, manakala Australia pula mempertaruhkan Shrey Dhand, ranking ke-302.

Pada Isnin, Malaysia memulakan kempen Piala Sudirman dengan langkah kanan menundukkan Perancis 5-0.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd