Piala Sudirman: Aaron-Wooi Yik Sumbang Mata Keempat
Hafiz Omar

Beregu lelaki negara yang menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik nampaknya tiada masalah untuk menyumbang mata keempat buat Malaysia dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Sudirman 2025.
Aaron-Wooi Yik yang bertemu Jack Yu dan Frederick Zhao pada pertarungan itu melakar kemenangan bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-8 dan 21-9 dalam masa 26 minit sahaja.
Tiga pertarungan sebelumnya, Malaysia meraih tiga mata berturut-turut menerusi gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee wei serta perseorangan lelaki, Justin Hoh dan perseorangan wanita, Letshanaa Karupathevan.
Kedudukan 3-0 pada ketika itu sudahpun mengesahkan kemaraan Malaysia ke peringkat suku akhir buat kali ketiga berturut-turut sejak format sedia ada diperkenalkan pada Piala Sudirman 2021.
Featured Image: BAM