Ranking BWF: Pearly-Thinaah Jejak Tangga Keempat Dunia
May 6, 2025 Hafizuddin Omar

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan buat julung kalinya dalam karier menjejaki tangga keempat dalam Ranking Dunia.

Gandingan pemain berusia 25 dan 27 tahun masing-masing itu menduduki tangga berkenaan selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskininya pada hari ini.  

Kemaskini itu menyaksikan Pearly-Thinaah meningkat satu anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu – memintas gandingan Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi.

Pada masa yang sama, kemaskini itu menyaksikan tiada sebarang perubahan kedudukan dikesean melibatkan beregu-beregu lain dalam kelompok 10 pasangan terbaik dunia.

Beregu China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning masih kekal di tangga pertama diikuti dengan beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida di tangga kedua.

Manakala beregu Korea, Baek Ha Na dan Lee So Hee pula menduduki tangga ketiga.

Sementara itu, beregu wanita No.2 negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing kekal di tangga ke-25 dunia dengan kutipan sebanyak 38,640 mata.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2024

Komen