Terbuka Thailand: Pearly-Thinaah Tempah Tiket Separuh Akhir

May 16, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam saingan Terbuka Thailand 2025 sekaligus telah memastikan kutipan 6,420 mata serta ganjaran wang tunai AS$6,650 dalam tangan.

Pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan ini mara selepas berhasil menundukkan beregu China, Chen Qing Chen dan Wang Ting Ge dengan bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-11 dalam masa 34 minit.

Kemenangan di suku akhir itu membawa mereka bertemu beregu Jepun yang baru sahaja bergandingan, Rui Hirokami dan Sayaka Hobara, ranking 244 dunia. 

Pasangan dari negara matahari terbit itu mara selepas menyingkirkan beregu Indonesia yang menduduki ranking 51 dunia, Meilysa Puspitasari dan Rachel Rose secara “straight set” menerusi skor 21-9 dan 21-16.

Untuk makluman, Meilysa-Rachel merupakan beregu yang menumbangkan sepasang lagi beregu wanita negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing pada pusingan 16.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd