Masters Malaysia: Yap Too-Yu Shan Melangkah Ke Babak Undian Utama

May 20, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan pemain berusia 22 dan 18 tahun masing-masing, Ming Yap Too dan Lee Yu Shan, yang bergerak secara bebas (independent) tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke babak undian utama di Malaysia Masters 2025.

Pasangan yang menduduki tangga 315 dunia ini melangkah ke situ susulan mencipta kejutan ke atas beregu India yang berada di ranking 79 dunia, Mohit Jaglan dan Lakshita Jaglan pada peringkat kelayakan pada hari ini.

Bukan itu sahaja, Yap Too-Yu Shan tampil persembahan yang cemerlang dengan melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-16 dalam masa tidak sampai setengah jam.

Hasil daripada kemenangan itu, Yap Too-Yu Shan akan bertembung dengan beregu Thailand yang menduduki ranking 99 dunia, Ratchapol Makkasasithorn dan Nattamon Laisuan di pusingan 32.

Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya Yap Too-Yu Shan menjejakkan kaki di pusingan 32 dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500.

Kemaraan mereka di pusingan 32 ini menyaksikan mereka menyertai empat lagi beregu campuran negara iaitu gandingan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, Cheng Tang Jie-Chan Wen Tse dan Loo Bing Kun-Toh Ee Wei.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd