Wei Chong-Kai Wun Kejutkan Senior, Rangkul Kejuaraan Kedua Super 500 

May 25, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki negara yang sedang meningkat naik, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun melakar kejutan menumpaskan gandingan senior negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk merangkul kejuaraan kedua bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 dalam kariernya.

Gelaran itu menjadi milik Wei Chong-Kai Wun selepas beraksi cemerlang menumpaskan Aaron-Wooi Yik, ranking ketiga dunia, menerusi skor  dalam perlawanan akhir Masters Malaysia 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, pada hari ini.

Keputusan itu sekaligus Wei Chong-Kai Wun mengekalkan catatan kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik menerusi skor 21-12, 15-21 dan 21-16 selepas menewaskan mereka di Masters Indonesia 2025, Januari lalu – kejuaraan sulung bagi kejohanan bertaraf Super 500 diraih mereka. 

Pada masa yang sama, Wei Chong-Kai Wun turut mendahului rekod pertemuan kepada tiga kemenangan daripada lima pertemuan.

Hasil meraih gelaran ini, selain pingat dan trofi, turut mengiringi mereka adalah ganjaran wang tunai sebanyak AS$37,525 bersamaan sekitar RM158,730 serta tambahan 9,200 mata untuk dimasukkan dalam pelbagai pengiraan ranking. 

Menariknya, kejuaraan oleh Wei Chong-Kai Wun ini turut menamatkan kemarau panjang kejuaraan bagi beregu lelaki negara di Masters Malaysia menerusi Goh V Shem dan Lim Khim Wah pada edisi tahun 2013. 

Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang muncul naib juara pula meraih AS$18,050 bersamaan sekitar RM76,351 serta memungut 7,800 mata.  

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd