Terbuka Singapura: Beregu Lelaki No.1 Dunia Kandas

May 30, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perjelanan beregu lelaki negara yang baru sahaja dinobatkan sebagai pasangan No.1 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin dalam saingan Terbuka Singapura 2025 menemui titik noktahnya.

Ianya gara-gara Sze Fei-Izzuddin tewas secara “straight set” menerusi skor 17-21 dan 15-21 di tangan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Ini merupakan kekalahan ketujuh dialami oleh Sze Fei-Izzuddin apabila bertemu Satwiksairaj-Chirag daripada sembilan pertembungan di pentas antarabangsa. 

Bertambah duka, keputusan hari ini menjadi kekalahan kedua berturut-turut dialami Sze Fei-Izzuddin di peringkat suku akhir selepas beraksi di Masters Malaysia 2025, minggu lalu.

Sementara itu, Satwiksairaj-Chirag yang meraih kemenangan dapat melangkah ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 750.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd