Arsenal Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2025-26
Hafiz Omar

Kelab yang berpangkalan di London iaitu Arsenal secara rasminya melancarkan jersi di tempat lawan (away) yang baharu bagi mengharungi saingan bola sepak domestik dan antarabangsa musim 2025-2026.
Jersi baharu keluaran Adidas itu hadir dalam warna biru gelap disertakan dengan corak panahan petir yang diinspirasikan daripada rekaan Royal Arsenal Gatehouse.
Sepertimana jersi di tempat sendiri (home), rekaan di hadapan jersi masih dihiasi dengan logo Adidas dan penaja utamanya, ‘Emirates Fly Better’.
Sedikit perbezaan yang ditampilkan adalah logo kelab hanya menyertakan rekaan meriam sahaja berbanding rekaan logo penuh beserta perisai. Kesemua logo dan tulisan itu hadir dalam warna putih.
Di bahagian bahu, diletakkan tiga garisan, rekaan sinonim dengan jersi keluaran Adidas, berwarna merah.
Dimaklumkan, skuad bimbingan Mikel Arteta akan dapat dilihat menyarung jersi ini ketika perlawanan jelajah pramusim di Singapura ketika bertemu AC Milan dan Newcastle United pada 23hb dan 27hb Julai masing-masing.


Featured Image: Arsenal