
Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei nampak tiada masalah meluncur ke peringkat separuh akhir Terbuka Macau 2025 sekaligus menemukannnya dengan beregu Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje.
Diletakkan selaku pilihan pertama, Tang Jie-Ee Wei mara selepas mengetepikan cabaran daripada wakil Indonesia, Adnan Maulana dan Indah Cahya Sari Jamil di peringkat suku akhir dengan keputusan 21-17 dan 22-20 dalam masa 34 minit.
Itu merupakan pertembungan sulung melibatkan Tang Jie-Ee Wei dan pasangan yang menduduki tangga 25 dunia pada usia 25 dan 23 tahun masing-masing di pentas antarabangsa.
Sementara itu, lawan yang bakal ditentang oleh Tang Jie-Ee Wei pula meraih kemaraan secara percuma berikutan penarikan diri oleh gandingan Jepun, Yuta Watanabe dan Hina Osawa.
Untuk makluman, Tang Jie-Ee Wei mempunyai rekod pertembungan cemerlang dengan Mathias-Alexandra setakat ini. Dua pertemuan sebelum ini dimenangi secara 100% oleh Tang Jie-Ee Wei di Terbuka Singapura 2024 dan Piala Sudirman 2023.
Featured Image: Thailand Open