Terbuka Macau: Justin, Tharun Rebut Tiket Perlawanan Akhir Super 300

August 1, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki muda negara, Justin Hoh akan membuat perhitungan dengan lawan yang sepadan dengannya untuk merebut tiket ke perlawanan akhir Terbuka Macau 2025 – Jelajah Dunia BWF Super 300.

Lawannya itu ialah Tharun Mannepalli, berusia 23 tahun, berasal dari India dan kini berada di ranking 47 dunia – hanya berbeza dua anak tangga di bawah Justin.

Pertembungan itu terhasil selepas Justin mencatatkan kemenangan ke atas Kantaphon Wangcharoen dari Thailand secara “straight set” menerusi skor 21-9 dan 21-18 dalam masa 37 minit.

Sementara itu, Tharun pula mara ke peringkat yang sama selepas mengetepikan cabaran pemain China, Hu Zhe An menerusi skor 21-12, 13-21 dan 21-18 dalam perlawanan yang cukup sengit memakan masa satu jam dan 15 minit.

Sebelum ini, Justin dan Tharun sudah pernah berentap sebanyak dua kali di Terbuka Slovenia 2024 dan Terbuka Thailand 2025.

Ianya berakhir seimbang dengan Justin dan Tharun meraih satu kemenangan masing-masing.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd