RTM Siar Kejohanan Dunia BWF Di Paris Secara Langsung
Hafiz Omar

Para peminat sukan bulu tangkis atau badminton tanah air akan dapat menyaksikan siaran langsung Kejohanan Dunia BWF 2025 secara percuma menerusi stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pengumuman siaran langsung itu dikongsikan sendiri oleh stesen televisyen berkenaan menerusi video berdurasi 50 saat di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Pemain dan beregu handalan negara seperti Aaron Chia & Soh Wooi Yik, Pearly Tan & Thinaah Muralitharan dan Chen Tang Jie & Toh Ee Wei pastinya tidak akan terlepas menyertai dan merebut gelaran juara dunia edisi kali ini.
Untuk makluman, kejohanan itu dijadualkan berlangsung bermula 25hb Ogos hingga 31hb Ogos bertempat di Arena Adidas, Paris – venue yang sama berlangsungnya kejohanan badminton di temasya Sukan Olimpik 2024.