Hyundai Motor Malaysia Diperkenalkan Sebagai Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC

August 8, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kira-kira enam jam sebelum bermulanya Perlawanan Sumbangsih untuk merebut trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Selangor FC tampil memperkenalkan satu lagi penaja baharunya.

Menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan, penaja baharu yang diperkenalkan itu adalah jenama pengeluar kenderaan dari Republik Korea iaitu Hyundai.

Perkembangan itu hadir susulan Selangor FC memeterai kerjasama dengan Hyundai Motor Malaysia bagi sekaligus diangkat sebagai Rakan Mobiliti Rasmi bagi musim 2025-2026 buat Selangor FC bimbingan Katsuhito Kinoshi.

“Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting bagi Hyundai, mengukuhkan komitmen terhadap bola sepak Malaysia serentak dengan sepak mula Liga Super pada hari ini.”

“Perlawanan pembukaan pada hari ini menjadi pentas kemunculan sulung bagi kerjasama yang mengujakan ini.” tulis kenyataan oleh Hyundai Motor Malaysia.

Bagaimanapun, tiada sebarang perkongsian lanjut mengenai manfaat atau keuntungan yang diraih oleh kedua-dua entiti hasil daripada memeterai kerjasama ini.

Begitu juga dengan juga dengan kehadiran logo Hyundai samada pada jersi perlawanan rasmi, jersi latihan atau mana-mana aset fizikal serta digital yang dimiliki oleh Selangor FC.

Skuad yang terkenal dengan julukan Gergasi Merah ini akan turun berentap dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada jam 9 malam yang juga merupakan aksi pertama Liga Super 2025-2026.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd