Sabah FC Memperkenalkan Pengurus Pasukan Baharu

August 21, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Sabah FC yang berpangkalan di kepulauan Borneo tampil memperkenalkan Datuk Victor Ationg selaku pengurus pasukannya yang baharu.

Victor yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sawit Kinabalu diperkenalkan menerusi satu hantaran di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

“Selamat datang kepada pengurus pasukan kita, Ybhg. Datuk Victor Ationg. Bersama beliau, kita menjalani musim ini dengan semangat dan keyakinan.” tulis kenyataan kelab.

Pengumuman ini tiba dua hari sebelum Sabah FC bimbingan Jean-Paul de Marigny melayan kunjungan Kelantan The Real Warriors FC di Stadium Likas bagi aksi kedua Liga Super.

Pada aksi pertama yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Sabah FC diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur City FC.

Untuk makluman, Kumpulan Sawit Kinabalu, penaja utama Sabah FC bagi musim 2025-26, merupakan sayap pelaburan utama kerajaan negeri Sabah dalam industri minyak kelapa sawit.

Featured Image: Sabah Football Association Women’s Team

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd