Kejohanan Dunia BWF: Kempen Jin Wei Terhenti Di Pusingan 64
Hafiz Omar

Perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa akur menamatkan kempen Kejohanan Dunia BWF 2025 seawal pusingan 64 selepas tumpas di tangan Gao Fang Jie.
Lawannya itu datangnya dari China dan diletakkan selaku pilihan ke-14 bagi kejohanan ini.
Dalam pertarungan tersebut, Jin Wei yang berusia 25 tahun dan menduduki ranking 51 dunia tewas kepada lawannya itu secara “straight set” menerusi skor 14-21 dan 9-21 dalam masa 34 minit.
Untuk makluman, ini merupakan pertembungan ketiga antara Jin Wei dan Fang Jie di pentas antarabangsa selepas berentap di Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Asia 2023 dan Masters Indonesia 2016.
Dua pertarungan itu berkesudahan dengan Fang Jie dan Jin Wei merekodkan satu kemenangan masing-masing.
Fang Jie yang mencetak kemenangan dapat meneruskan kempen ke pusingan 32 dan menantinya di situ adalah pemain Vietnam, Vu Thi Trang yang menduduki ranking 172 dunia.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia