Nottingham Forest Berpisah Dengan Nuno Espirito Selepas 3 Aksi Premier League

September 9, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pengendali Portugal-Sao Tome, Nuno Espirito Santo terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Nottingham Forest FC selepas mengendalikan tiga aksi Premier League (PL) musim 2025-26.

Ini selepas majikannya mengesahkan Nuno, 51 tahun, dilepaskan tugasnya sebagai ketua jurulatih – susulan keadaan semasa.

Difahamkan, keadaan semasa itu merujuk kepada hubungan Nuno dengan pemilik kelab, Evangelos Marinakis telah retak – diakuinya sendiri pada bulan lalu – sepertimana dilaporkan media-media di eropah.

Untuk makluman, Nuno telah dilantik sebagai pengendali Nottingham Forest pada Disember 2023 dan membantu kelab tersebut mengelak daripada terjerumus ke zon penyingkiran. 

Pada musim lalu, Nuno telah memimpin Nottingham Forest menduduki tangga ketujuh dalam kasta tertinggi bola sepak England dan ianya merupakan pencapaian terbaik kelab dalam tempoh tiga dekad.

Bukan itu sahaja, Nottingham Forest turut melayakkan diri ke saingan Liga Europa pada musim ini.

Keputusan Nottingham Forest melepaskan bekas pengendali Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers ini pastinya mengejutkan ramai lebih-lebih lagi selepas Nuno telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2028 pada Jun lalu.

Featured Image: Nottingham Forest

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd