Terbuka Hong Kong: Hong Jian-Haikal, Hang Yee-Eng Cheong Melangkah Ke Pusingan 32

September 9, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Dua beregu lelaki negara iaitu Choong Hon Jian-Muhammad Haikal serta Low Hang Yee-Ng Eng Cheong berhasil menempatkan diri dalam babak undian utama di Terbuka Hong Kong 2025.

Ianya susulan kedua-dua beregu berkenaan melepasi cabaran di peringkat kelayakan dengan menumpaskan lawan masing-masing, sebentar tadi.

Hon Jian-Haikal yang menduduki ranking ke-46 dunia mencetak kemenangan secara “straight set” 21-19 dan 23-21 bertemu Hung Kuei Chun-Lui Chun Wai dari Hong Kong untuk mara ke pusingan 32.

Sementara itu, Hang Yee-Eng Cheong, ranking ke-43 dunia pula menumpaskan wakil Kanada, Jonathan Bing Tsa Lai-Nyi Yakura menerusi skor 21-17 dan 21-17 untuk mara ke peringkat yang sama.

Hasil keputusan positif tersebut, Hong Jian-Haikal bakal bertembung dengan beregu Korea, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang untuk merebut tempat ke pusingan 16.

Manakala Hang Yee-Eng Cheong pula akan membuat perhitungan dengan beregu China, Huang Di-Liu Yang.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd