Terbuka Hong Kong: Jun Hao Singkir Zii Jia
September 10, 2025 Hafizuddin Omar

Perseorangan badminton lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao memulakan kempen Terbuka Hong Kong 2025 dengan langkah apabila berhasil mengatasi halangan pertamanya, Lee Zii Jia, di pusingan 32 pada hari ini.

Pertemuan keempat melibatkan kedua-dua pemain itu berakhir dengan Jun Hao mencetak kemenangan bergaya dua set berturut-turut menurusi skor 21-16 dan 21-16 dalam masa 40 minit.

Keputusan itu bukan sahaja melayakkan Jun Hao mara ke pusingan 16 bagi salah satu siri Jelajah Dunia BWF Super 500 bahkan merekodkan kemenangan sulungnya ke atas Zii Jia selepas tewas tiga pertembungan lalu secara berturut-turut.

Untuk makluman, ini merupakan kejohanan kedua, selepas Kejohanan Dunia BWF, disertai Zii Jia selepas berehat panjang susulan mengalami kecederaan buku lali pada kaki kirinya.

Sementara itu, pusingan seterusnya, Jun Hao berkemungkinan akan bertemu samada rakan senegara, Justin Hoh atau pilihan kelapan kejohanan dari Perancis, Toma Junior Popov.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen