Terbuka Hong Kong: Arif-Roy King Mara Ke Suku Akhir

September 11, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pertembungan sesama sendiri beregu lelaki senegara nampaknya berpihak kepada Arif Junaidi dan Yap Roy King sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Hong Kong 2025.

Arif-Roy King sekali lagi melakar kemenangan dua set berturut-turut bertemu Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal menerusi skor 21-17 dan 21-19 dalam masa 39 minit ketika berentap di pusingan 16, sebentar tadi.

Ini merupakan ulangan kepada pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di Terbuka Macau 2024 dimana Arif-Roy King turut melakar kemenangan secara dua set beturut-turut menerusi skor 21-13 dan 21-15.

Di peringkat seterusnya bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 ini, Arif-Roy King akan menantikan cabaran samada daripada beregu India merangkap pilihan kelapan kejohanan, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau beregu Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd