Ranking FIFA: Malaysia Kini No.123 Dunia

September 18, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan terus memperbaiki kedudukannya dalam Ranking Dunia dengan merekodkan kenaikan dua anak tangga dalam kemaskini yang dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pada hari ini.

Kenaikan itu meletakkan skuad berjulukan Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski di tangga ke-123 dunia hasil mengumpul 1148.23 mata. 

Sudah pasti kemenangan 2-1 ke atas Singapura dan 1-0 bertemu Palestin pada Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA sekitar awal September baru-baru ini membantu kepada kenaikan terbabit. 

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menduduki tangga ke-123 dunia dalah sekitar 20 tahun yang lalu atau secara tepatnya pada Disember 2005.

FIFA menjadualkan kemaskini Ranking Dunia yang berikutnya pada 23hb Oktober 2025 – selepas daripada Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA bagi bulan Oktober.

Pada tempoh itu, Malaysia akan menghadapi dua perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Laos – berlangsung pada 9hb dan 14hb Oktober masing-masing.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd