Terbuka Korea: Perseorangan Lelaki No.1 Negara Tersingkir
Hafiz Omar

Leong Jun Hao yang kini memegang status perseorangan lelaki No.1 negara terpaksa akur tersingkir awal di Terbuka Korea 2025 – Jelajah Dunia BWF Super 500.
Penyingkiran itu terjadi berikutan Jun Hao yang berada di ranking ke-20 dunia pada saat ini tewas di tangan pemain muda Indonesia yang berusia 20 tahun, Alwi Farhan di ketika bertembung di pusingan 32, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Jun Hao tewas secara dua set berturut-turut dimana set pertama berakhir dengan keputusan 19-21 manakala set kedua tamat selepas pungutan mata 24-26.
Dua set itu berlangsung sengit dengan memakan masa sekitar satu jam bertempat di Gimnasium Suwon, Gyeonggi-do.
Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya Jun Hao, 26 tahun, berhadapan dengan Alwi, ranking ke-21 dunia, di kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, Alwi yang mencetak kemenangan akan meneruskan kempennya dengan berhadapan pemain Hong Kong yang berada di ranking ke-16 dunia, Lee Cheuk Yiu.
Pemain itu meraih tiket ke pusingan 16 selepas menumpaskan wakil China yang menduduki ranking ke-15 dunia, Lu Guang Zu menerusi skor 21-23, 21-18 dan 21-19.
Featured Image: BAM