Terbuka Korea: Soon Huat-Shevon Mara Ke Suku Akhir
Hafiz Omar

Beregu campuran No.2 negara yang juga merupakan pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil menempatkan dirinya di peringkat suku akhir Terbuka Korea 2025.
Langkah itu tercipta selepas Soon Huat-Shevon, pilihan kelima, menampilkan persembahan yang memberangsangkan bertemu wakil China yang menduduki ranking ke-25 dunia, Gao Jia Xuan dan Wu Meng Ying, sebentar tadi.
Dalam pertarungan terbabit, Soon Huat-Shevon mencetak dua kemenangan berturut-turut dalam set pertama dan kedua menerusi skor 21-16 dan 21-13 masing-masing dalam masa 31 minit.
Lawan buat Soon Huat-Shevon di peringkat seterusnya masih belum ditentukan lagi.
Mereka akan menantikan cabaran samada daripada pilihan kedua kejohanan dari China, Jiang Zheng Bang dan Wei Ya Xin atau pasangan dari negara matahari terbit, Yuta Watanabe dan Maya Taguchi.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters