Terbuka Korea: Antonsen Hentikan Kempen Justin Di Pusingan 16
Hafiz Omar

Pemain muda negara, Justin Hoh nampaknya gagal melangkah ke suku akhir Terbuka Korea 2025 sekaligus menyaksikan kempennya di Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan menemui titik penghujungnya.
Langkahnya dimatikan oleh perseorangan lelaki No.2 dunia dari Denmark, Anders Antonsen ketika berentap di pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan itu, Justin sempat memberikan cabaran kepada Antonsen sebelum tewas dua set berturut-turut menerusi skor 17-21 dan 11-21 dalam masa 41 minit.
Untuk makluman, ini merupakan julung kalinya Justin berhadapan dengan Antonsen di pentas antarabangsa sejak beraksi di peringkat senior dalam kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, Antonsen yang meneruskan kemaraan akan menantikan cabaran samada daripada pemain Jepun yang diletakkan selaku pilihan keenam kejohanan, Kodai Naraoka atau perseorangan Chinese Taipei, Su Li Yang.
Featured Image: BAM