3 Pemain JDT Tidak Boleh Beraksi Dalam Liga Malaysia – MFL
Hafiz Omar

Penganjur liga domestik, Malaysian Football League (MFL) tampil mengumumkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia selama 12 bulan.
Tiga pemain tersebut ialah Joao Figeuiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel – pemain berketurunan Malaysia.
Nama ketiga-tiga pemain tersebut termasuk dalam tujuh pemain yang digantung dan didenda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaaat berikutan pemalsuan dokumen.
“MFL mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan penggantungan tujuh pemain warisan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).” demikian kenyataan oleh MFL, sebentar tadi.
“Tindakan susulan bagi kes ini hanya akan dibuat MFL apabila keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA selepas ini.” tambah kenyataan oleh MFL itu lagi.
Oleh demikian, ketiga-tiga pemain tersebut tidak dapat diturunkan oleh ketua jurulatih, Xisco Munoz apabila skuad berjulukan Harimau Selatan berkunjung ke Selayang, Ahad, bertemu PDRM FC bagi aksi ketujuh Liga Super 2025-26.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers