Aaron-Wooi Yik Terlepas Gelaran Juara Terbuka Artik 2025

October 12, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk menambah koleksi kejuaraannya apabila tewas perlawanan akhir Terbuka Artik 2025.

Perlawanan akhir itu menemukannya dengan beregu England yang menduduki ranking ke-15 dunia, Ben Lane dan Sean Vendy.

Kekalahan Aaron-Wooi Yik bermula dengan tewas set pertama menerusi skor 18-21 sebelum bangkit pada set kedua untuk mencatatkan kemenangan menerusi skor 27-25.

Namun begitu, Ben-Sean berjaya bangkit semula pada set ketiga dan mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 21-17 sekaligus mengesahkan kejuaraan Terbuka Artik 2025 menjadi miliknya.

Ketiga-tiga set itu berlangsung dengan sengit dengan memakan masa satu jam dan 12 minit.

Kemenangan Ben-Sean itu merupakan yang keempat selepas mencetak kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik di Terbuka Hong Kong 2025, Terbuka Artik 2024, Sukan Komanwel 2022 (individu). 

Akan tetapi, Aaron-Wooi Yik tetap mendahului rekod pertemuan ke atas Ben-Sean dengan enam kemenangan daripada 10 pertemuan secara keseluruhan.

Selaku naib juara,  Aaron-Wooi Yik membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak AS$18,050 (~RM76,279) dan memungut 7,800 mata untuk dimasukkan dalam pengiraan ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd