Jack Wilshere Kini Pengurus Baharu Luton Town – Usia 33 Tahun
Hafiz Omar

Bekas pemain tengah Arsenal dan skuad kebangsaan England, Jack Wilshere kini memulakan kariernya sebagai seorang pengurus kelab bola sepak profesional.
Perkembangan itu hadir apabila bekas pemain berusia 33 tahun berkenaan diumumkan sebagai pengurus baharu bagi skuad senior Luton Town yang beraksi dalam kancah League One.
“Kami teruja untuk mengumumkan kepulangan Jack Wilshere Kelab Bola Sepak Luton Town sebagai pengurus skuad utama yang baharu,” tulis kenyataan kelab.
Wilshere mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada 2022 dan AGF yang berpangkalan di Aarhus, Denmark menjadi kelab terakhir diwakilinya sebagai pemain.
Selepas daripada menggantungkan butnya itu, Wilshere memulakan karier dalam bidang kejurulatihan dan pengalamannya setakat ini adalah membimbing skuad bawah 18 tahun (B-18) Arsenal serta menjadi pengurus sementara Norwich City pada penghujung musim 2024-2025.
Untuk makluman, Wilshere dilantik sebagai pengurus Luton Town bagi menggantikan Matt Bloomfield – pengurus terdahulu – ditunjukkan jalan keluar.
Bersama-sama pengumuman Wilshere sebagai pengurus baharu, Luton Town turut memaklumkan Chris Powell sebagai sebagai penolongnya.
Dalam kancah League One, Luton Town kini berada di tangga kesebelas selepas mengharungi sebelas perlawanan.
Featured Image: Luton Town Football Club