Ranking BWF: Kedudukan Sze Fei-Izzuddin Jatuh
Hafiz Omar

Kedudukan bekas beregu lelaki No.1 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin nampaknya mencatatkan penurunan lagi.
Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan Sze Fei-Izzuddin jatuh satu anak tangga sekaligus menduduki ranking keempat dunia pada saat ini.
Gandingan pemain berusia 28 dan 27 tahun masing-masing itu berada di kedudukan berkenaan hasil mengumpul 77,780 mata daripada sepuluh kejohanan terbaik yang disertai dalam tempoh 52 minggu lalu.
Untuk makluman, Sze Fei-Izzuddin jatuh di kedudukan terbabit selepas sebelas minggu berturut-turut berada di kedudukan ketiga dunia.
Beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menjadi penghuni baharu bagi ranking ketiga dunia untuk minggu ini.
Sementara itu, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kekal di tangga kedua dunia – tidak mengalami sebarang perubahan.
Featured Image: Swiss Open