Cristiano Ronaldo Ledak Gol Peribadi Ke-950

October 27, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo kini mengumpul 950 gol dalam dalam temph 23 tahun karier bola sepak di peringkat senior.

Penyerang kelahiran Portugal berusia 40 tahun terbabit meledak jaringan ke-950 peribadinya itu ketika turun mewakili Al Nassr menentang Al-Hazm dalam saingan Liga Pro Saudi pada Ahad.

Jaringan Ronaldo itu muncul pada minit ke-88 setelah menyudahkan hantaran lintang rendah daripada pemain gantian, Wesley Gassova.

Gol itu memboleh Al Nassr menoktahkan perlawanan itu dengan kemenangan 2-0 selepas Joao Felix menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-25.

Pada masa yang sama, kemenangan itu membolehkan Al Nassr bimbingan Jorge Jesus mencatatkan enam kemenangan berturut-turut daripada enam aksi Liga Pro Saudi 2025-2026 sekaligus mengungguli carta liga dengan kutipan 18 mata.

Jaringan itu juga merupakan yang ke-106 sejak menyertai Al Nassr pada Januari 2023. 

Sementara itu, rekod jaringan Ronaldo bersama skuad kebangsaan Portugal adalah 143 gol setakat hari ini manakala jaringannya bersama Real Madrid, Manchester United, Juventus dan Sporting CP adalah 450 gol, 145 gol, 101 gol dan 5 gol masing-masing.

Featured Image: Al Nassr FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd