Masters Korea: Penampilan Sulung Eng Cheong-Jin Wei Berakhir Dengan Kekalahan

November 4, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Penampilan sulung juara remaja dunia sebanyak dua kali, Goh Jin Wei bersama Ng Eng Cheong dalam sektor beregu campuran di Masters Korea 2025 berakhir dengan kekalahan.

Kempen Eng Cheong-Jin Wei di Masters Korea berakhir seawal peringkat kelayakan susulan tumpas di tangan beregu tuan rumah, Kim Min Gun dan Cho Hye Rin.

Dalam pertarungan itu, Eng Cheong-Jin Wei tewas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-10 dan 11-21 dalam masa 42 minit.

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua Jin Wei tampil dalam sektor beregu campuran selepas bergandingan dengan Soong Joo Ven di kejohanan yang sama pada tahun 2022.

Mereka tewas seawal pusingan 32 di tangan beregu senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menerusi skor 11-21 dan 20-22 dalam masa sekitar setengah jam.

Itu menjadi satu-satunya perlawanan yang dihadapi oleh Jin Wei dalam sektor beregu campuran bersama Joo Ven.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd