JDT Sarung Jersi Nike Sehingga 2029

November 17, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya akan terus menyarung persalinan daripada jenama pakaian sukan terkenal antarabangsa dari Amerika Syarikat Nike sehingga tahun 2029.

Perkembangan itu hadir selepas JDT berjulukan Harimau Selatan mengumumkan lanjutan kerjasama selama empat tahun dengan Nike sebagai penaja pakaian rasmi kelab.

“Kami gembira untuk melanjutkan kerjasama kami dengan Nike, yang telah menjadi rakan jangka panjang yang baik sepanjang sedekad ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Luis Garcia.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Ibu Pejabat JDT, pada hari ini, sambil disertai oleh Garcia dan Ketua Pegawai Operasi (COO) & Pengarah Teknikal, Alistair Edwards bersama-sama delegasi Nike.

Sebagai rekod, JDT julung kalinya menyarung jersi Nike pada musim 2014 diikuti pada musim 2015. Mereka beralih kepada jenama Adidas selama semusim sebelum menyarung kembali jersi yang terkenal dengan rekaan logo “swoosh” itu pada musim 2017.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd