Kekalkan Momentum Sehingga Tamat Permainan – Jean-Paul de Marigny
Hafiz Omar

Sabah FC kini berada pada landasan positif menjelang aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas, jam 7.30 malam, Ahad nanti.
Ketua Jurulatih skuad berjulukan Sang Badak iaitu Jean-Paul de Marigny memaklumkan fokus utama pasukan adalah mengekalkan prestasi konsisten sepanjang 90 minit.
Menurut beliau, walaupun skuadnya cemerlang pada separuh masa pertama ketika menentang Selangor minggu lalu, penurunan intensiti di babak kedua menjadi pengajaran penting.

“Cabaran kami kini adalah mengekalkan momentum sehingga 95 atau 96 minit – apa sahaja yang diperlukan,” katanya.
Beliau turut memuji Penang FC sebagai pasukan berkualiti dan menegaskan pasukannya perlu berada pada tahap terbaik untuk menewaskan lawan.
Selain itu, de Marigny merakamkan penghargaan kepada penyokong Sabah FC yang semakin memberikan sokongan padu dan berharap dorongan mereka menjadi pemangkin bagi meraih tiga mata penuh.
Featured Image: Sabah Football Club