Sukan SEA: Hoki 5s Wanita Mara Ke Aksi Perebutan Pingat Emas
Hafiz Omar

Skuad hoki 5 sebelah wanita negara berjaya menempatkan diri dalam perlawanan akhir sekaligus akan beraksi untuk merebut kilauan pingat emas dengan tuan rumah, Thailand pada petang nanti.
Terdahulu, anak-anak buah bimbingan G. Sasitheran melakar kemaraan ke perlawanan akhir selepas menumbangkan Filipina dengan bergaya 7-0 pada peringkat separuh akhir di Stadium RTAF.
Lima pemain berhasil menukilkan nama dalam senarai penjaring iaitu Nur Shafika (1’), Dian Nursyakira 4’, 22’), Nurfatin Dizana (6’), Surizan (10’, 17’) dan Wan Nur Syafiqah (15’).
Sementara itu, Thailand pula mara selepas menumbangkan Indonesia dengan keputusan 7-2.
Perlawanan akhir hoki 5 sebelah wanita ini dijadualkan berlangsung pada 5.30 petang nanti di stadium yang sama – selepas perlawanan akhir melibatkan skuad lelaki Malaysia dan juga Thailand.
Featured Image: MHC