Delegasi Eco-shop x Famemas Semarak Sokongan Buat Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2025

December 15, 2025
Lain-Lain

Hafiz Omar

Seramai 47 orang peserta delegasi Eco-shop x Famemas terbang ke Bangkok bagi menyemarakkan lagi sokongan kepada atlet-atlet negara sepanjang berlangsungnya Sukan SEA Thailand 2025.

Delegasi ini terdiri daripada ahli Kelab Penyokong Sukan Malaysia Famemas (Famemas), pelanggan setia Eco-shop dan media jemputan bergabung di bawah kempen “Malaysia Power” yang dibawakan oleh Eco-shop.

Presiden Famemas, Lee Hui Seng mengetuai delegasi ini dengan matlamat untuk hadir ke sebanyak mungkin venue yang untuk memberikan sokongan, dorongan dan semangat tidak berbelah bahagi kepada atlet atau pasukan Malaysia yang bertanding.

“Kita berada di kota Bangkok (selama) lapan hari tujuh malam sejak 14hb hingga 21hb Disember (dan) aktif (bergerak) sepanjang hari dari pagi sampai petang untuk (tampil) memberikan sokongan kepada atlet-atlet Malaysia di pelbagai venue.” katanya.

Sebahagian daripada delegasi ini telah tiba di Bangkok pada 14hb Disember (Ahad) setelah mengharungi penerbangan selama satu jam dan 55 minit dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Selebihnya akan tiba pada 18hb Disember (Khamis) untuk menyertai delegasi ini untuk menggandakan lagi sokongan sehingga ke upacara penutup Sukan SEA 2025.

Untuk makluman, delegasi ini merupakan kerjasama strategik antara Eco-shop dan Famemas yang mengukuhkan lagi komitmen Eco-shop untuk memperkasakan komuniti, menyemai semangat kebanggaan nasional dan menonjolkan kekuatan rakyat Malaysia menyuntik semangat buat atlet di pentas antarabangsa.

Pada masa yang sama, Hui Seng secara peribadi menaruh harapan untuk menyaksikan Kontinjen Negara menamatkan Sukan SEA Ke-33 ini dengan mengutip 40 butir pingat emas melebihi kutipan 34 butir pingat emas pada edisi lalu – Sukan SEA Kemboja 2023.

Selain itu, Hui Seng yang mengidolakan perenang legenda negara yang kini berperanan sebagai Chief de Mision (CDM) Kontinjen Negara, Nurul Huda Abdullah dan legenda terjun negara, Datuk Leong Mun Yee turut mengimpikan skuad bola sepak lelaki bimbingan Nafuzi Zain untuk merangkul emas.

Kali terakhir skuad bola sepak lelaki meraih pingat emas di Sukan SEA adalah pada tahun 2011 di Indonesia – 14 tahun lalu – di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee menewaskan tuan rumah dalam perlawanan akhir.

Penafian: Tajaan Eco-shop Malaysia bagi kempen Malaysia Power

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd