Malaysia Diisytihar Kalah 3-0 Bertemu Cape Verde, Singapura & Palestin – FIFA
Hafiz Omar
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima hukuman terbaru daripada badan induk dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangs (FIFA).
Menurut kenyataan media oleh FAM, Jawatankuasa Tatatertib FIFA membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 ketiga bertemu Cape Verde, Singapura dan Palestin dalam perlawanan antarabangsa tier 1.
Pada asalnya, tiga aksi yang berlangsung pada 29hb Mei, 4hb September dan 8hb September itu berakhir dengan keputusan seri 1-1, menang 2-1 dan menang 1-0 masing-masing.
Hukuman itu dikenakan selepas mendapati skuad kebangsaan Malaysia telah melanggar Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam ketiga-perlawanan tersebut.
Bukan itu sahaja, FIFA turut mengenakan denda sebanyak CHF10,000 (~RM51,414) kepada FAM.
Dalam kenyataan yang sama, FAM berkata akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya berhubung perkara ini.