FIFA Akan Siasat Setiausaha Agung FAM Yang Digantung

December 22, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa akan menyiasat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang menjalani penggantungan tugas, Datuk Noor Azman Rahman.

Siasatan itu bakal dilakukan berkaitan dengan pemalsuan atau penipuan dokumen membabitkan tujuh pemain berdarah warisan skuad kebangsaan berjulukan Harimau Malaya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan media yang disiarkan, selepas bermesyuarat, pada hari ini.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bertempat di Wisma FAM, Kelana Jaya itu turut membuat keputusan untuk meneruskan penggantungan Noor Azman selaku Setiausaha Agung FAM.

Malahan, Jawatankuasa Eksekutif FAM mencapai keputusan untuk membawa Noor Azman kepada Jawatankuasa Tatatertib bagi tindakan lanjut.

Featured Image: FAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd