Terbuka Malaysia: Lee Zii Jia Tewas

January 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Bekas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia terpaksa akur tewas awal di Terbuka Malaysia 2026 selepas bertemu wakil India, Ayush Shetty, sebentar tadi.

Kepulangan semula Zii Jia ke gelanggang selepas berehat panjang sejak September lalu berakhir dengan kekalahan secara “straight set” menerusi skor 12-21 dan 17-21 dalam masa 39 minit.

Untuk makluman, Zii Jia yang kini berada di ranking ke-144 dunia terpaksa melanjutkan tempoh pemulihannya atas nasihat pakar perubatan sekaligus berehat panjang sebelum ini berikutan sakit belakang yang berpanjangan.

Susulan kekalahan itu, Zii Jia gagal meneruskan kempen ke pusingan 16 Terbuka Malaysia.

Sementara itu, lawannya, Ayush yang meraih kemaraan ke pusingan 16 akan bertemu dengan pilihan pertama kejohanan, Shi Yu Qi dari China untuk merebut tiket ke suku akhir.

Featured Image: OCM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd